Kamis, 07 Agustus 2008

Wanita Muslimah


Tips Memakai Tudung/ Jilbab yang Sempurna




























Bertudung atau berpenampilan sopan adalah cara kita menzahirkan agama kita. Iman bukan sahaja dengan hati, bahkan melibatkan lahiriah dan batiniah. Ini kerana di sini mulanya penilaian orang bukan Islam kepada agama yang suci ini.
Islam telah menetapkan cara berpakaian dan khususnya cara mengenakan tudung.
Antara tips yang boleh diamalkan ialah jangan memakai tudung yang agak jarang, nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada wanita.
Jika jarang, anda digalakkan memakai baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher. Pakaian yang menampakkan apa yang patutnya disembunyikan mencuri banyak pandangan lelaki seterusnya menimbulkan nafsu di hati mereka yang akan membuka peluang kepada syaitan menghasut mereka yang lemah imannya.

Dalam suatu riwayat menceritakan, Rasulullah pernah bertanya Rasulullah, Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?
Maka Iblis menjawab: Ia itu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya.

::Susah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT tetapi mudah untuk mendapat kemurkaan-Nya





Koreksi tuk Kita Semua yang Berjilbab




PANDUAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
"
Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu."

BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERLIHATKAN?

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
MUKA DAN TANGAN:
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."
Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.


MUKA DAN LEHER:
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
a) Bersolek (Make Up)
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah"


DADA:
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka."


WANGIAN: "
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."


KAKI (Tumit Kaki): "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An Nur: 31)
a) Menampakkan kaki.
b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki.



KEPADA SIAPA AURAT WANITA BOLEH DIPERLIHATKAN?

"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (An Nur: 31)




Marhaban Ya Ramadhan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pribadi saya mengucapkan selamat dengan datangnya bulan suci Ramadhan Karim, bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan mag'fhiroh ini...
Saya mengucapkan maaf lahir bathin atas kesalahan d
an kekhilafan kata-kata selama ini. "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan"